Showing posts with label SMKK. Show all posts
Showing posts with label SMKK. Show all posts

Tuesday, 8 October 2013

KISAH NABI MUHAMMAD SAW DISIHIR MELALUI RAMBUTNYA OLEH YAHUDI LAKNATULLAH |

Peristiwa Yahudi menyihir Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan turunnya kedua surah serentak (Surah Al-Falaq dan An-Nas) tatkala Rasulullah SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.

Bersama bahan-bahan tersebut dibuat patung berupa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka di takdirkan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Disebut dalam banyak hadis sahih, seperti riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Abbas r.a., Ibnu Majjah, Muslim, An-Nasai r.a. dll.

Daripada Syaidatina Aisyah r.ha. menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya. Perkara yang telah dilakukan, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam merasa ragu-ragu samada sudah dilakukan atau tidak dan Baginda merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya. Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam Rasulullah berdoa, kemudian berdoa dan berdoa lagi. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang laki-laki menemui Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Baginda sedang tidur. Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Malaikat yang berada di sebelah kaki bertanya kepada malaikat yang berada di sebelah kepala Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?”

Malaikat yang di kepala: “Thabb.”

Malaikat yang di kaki: “Apakah Thabb itu?”

Malaikat yang di kepala: “Sihir.”

Malaikat yang di kaki: “Siapakah yang menyihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Lubaid Al A’sham, orang Yahudi.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apa disihirnya?”

Malaikat yang di kepala: “Sikat dan rambut yang gugur beserta mayang kurma kering.”

Malaikat yang di kaki: “Di manakah sihir itu diletakkan?”

Malaikat yang di kepala: “Dalam bungkusan daun tamar di bawah batu besar dalam telaga keluarga Zarwan.”

Malaikat yang di kaki: “Dengan apakah kita akan merawat dan memulihkan Muhammad ini?”

Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah‘Mu’awwidataini’(Surah Al-Falaq & Surah An-Nas).

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut. Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai… kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan. Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.
Kemudian Rasulullah membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam. Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir-Nya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan. Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.

Anas ibnu Malik ra menceritakan,
“Bahawa ada seorang Yahudi berbuat sesuatu terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Maka kerana hal tersebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat, ketika para sahabat datang menjenguknya, mereka menyangka, bahawa hal itu hanyalah disebabkan sakit biasa. Kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa turun kedua-dua surah ini; malaikat Jibril akan mengubatinya dengan membacakan kedua surah itu. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sihat dan segar-bugar.”

Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?”
Baginda menjawab: “Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.”
Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.”
(Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)

Dalam hadis lain: “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut, maka dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


*Shahril Izwan @ Along*

Thursday, 26 September 2013

~Reunion Raya~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok kali nih nak share pasal reunion raya yang kami telah adakan.  Majlis Reunion Hari Raya ini telah diadakan pada 1hb September 2013 di kantin SMKK dan ahli yang hadir terdiri daripada 9 orang bekas pelajar SMKK dan beberapa ahli keluarga masing-masing.

Antara juadah jamuan reunion raya ini adalah, nasi beriani, puding koktel, popia otak-otak, cupcake, sumi, kuih raya dan air oren. :) oklah, xmo bebel panjang, jom tgk gambo2 yang kami upload nih k. sume gambo-gambo nih daripada majlis reunion raya ni :)






























ok, tuh die sume gambo mase majlis berjalan. Insyaallah kiteorg akan adakan lagi majlis macam nih lain kali n semua alumni akan dijemput :) just u olls  kene slalu tgk ape2 update dalam page alumni sebab kiteorang akan bgtau segala update n aktiviti yang akan dibuat kat dalam page tu k :)

time kasih sbb ambil masa membaca post ini. bye,
assalamualaikum.

luv,
zilla jamal :D

Saturday, 21 September 2013

~lagu sekolah~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Kali nie, saya nak kongsi lirik lagu sekolah. Siapa2 yang ingat, boleh la nyanyi..hihihi..


Bersusila berilmu berbudaya
Itulah cogankata bersama
Sekolah Menengah Kebangsaan Kempas
Melangkah ke persada jaya

Putra putrinya bersemangat waja
Tunaikan cita-cita membara
Berbudi bahasa hormat dan setia
Padamu guru dan ibu bapa

Usaha dicurahkan
Jasa ditaburkan
Doakan dipohonkan
Semoga sejahtera
SMKK tercinta

Menjunjung harapan ibu pertiwi
Membina generasi bestari
Menjulang martabat bangsa dan negara
Seiring sehati sejiwa


#Zara Mokhtar#

Thursday, 12 September 2013

Seks Luar Nikah: Faktor Kendiri dan Teman Lelaki

Assalamualaikum.
Hari ini saya nak share artikel yang saya pernah publish dalam buletin kerja sosial di UUM semasa saya bertugas di sana. Artikel ini saya tulis berdasarkan kajian yang telah saya lakukan sendiri terhadap beberapa orang remaja hamil tanpa nikah. So, selamat membaca. 

Seringkali kita dicanang-canangkan bahawa remaja yang terlibat dengan seks luar nikah adalah kurang didikan agama, mempunyai latarbelakang keluarga yang bermasalah dan pengaruh daripada rakan sebaya dan media massa. Tetapi adakah kita pernah terfikir bahawa diri sendiri dan teman lelaki juga adalah antara faktor penyebab penglibatan remaja wanita dalam seks luar nikah?

Apabila dilihat daripada faktor diri sendiri remaja wanita yang terlibat dalam seks luar nikah ini, ia dikatakan sebagai salah satu penyebab berlakunya seks luar nikah adalah apabila remaja wanita tersebut tidak mampu menolak permintaan dan pujukan atau kurang daripada segi kawalan kendiri. Seringkali, pada awal permintaan teman lelaki untuk melakukan hubungan seks, teman wanita akan cuba menolak untuk beberapa kali tetapi teman wanita akan akur dengan permintaan teman lelaki setelah berkali-kali dipujuk dan ditaburkan janji. Teman wanita akan mula merasa bimbang jika tidak menunaikan permintaan teman lelaki, berkemungkinan besar mereka akan ditinggalkan.

Perasaan bimbang, takut kehilangan, risau dan sebagainya itu akan mempengaruhi dirinya untuk menerima permintaan teman lelaki untuk melakukan hubungan seks. Hal ini menunjukkan teman wanita tidak mempunyai kawalan kendiri yang kuat dan tidak berpegang kepada keputusan yang pertama iaitu menolak permintaan teman lelaki.

Selain daripada itu, apabila seseorang remaja wanita itu mula terlibat dalam seks luar nikah samada dengan kerelaan, mangsa rogol dan sebagainya, mereka mempunyai kebarangkalian untuk berulang melakukan hubungan seks luar nikah. Hal ini disebabkan oleh dorongan rasa ketagih dalam diri yang menyebabkan mereka rasa seronok dan teringin untuk melakukan hubungan seks secara kerap. Terdapat situasi dimana, remaja wanita mengaku bahawa setelah mereka melakukan hubungan seks untuk pertama kali, dan melakukannya sekali lagi disebabkan rasa “syok” yang dialaminya. Ia juga disebabkan pada pertama kali mereka melakukan hubungan seks, mereka tidak mengandung, tidak ditangkap dan berjaya menyembunyikan aktiviti tersebut daripada pengetahuan orang lain, mereka mempunyai kecenderungan untuk melakukan seks luar nikah dengan kerap.

Teman lelaki tidak terkecuali dalam menyumbang kepada berlakunya seks luar nikah dalam kalangan remaja. Hal ini disebabkan hasil daripada permintaan, pujukan dan janji yang ditaburkan boleh menyebabkan teman wanita mula goyah dengan pegangan diri sendiri sehingga terjebak dalam seks luar nikah. Pihak teman lelaki akan bermula dengan permintaan, kemudian apabila ditolak, teman lelaki mula melakukan pujukan dengan menaburkan beberapa janji seperti akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kehamilan luar nikah dan dengan iringan sentuhan tertentu, teman wanita menjadi akur dengan permintaan teman lelaki mereka. Janji seperti ini akan menyebabkan teman wanita mula rasa percaya dan merelakan seks luar nikah berlaku. Kemudian helah teman lelaki untuk memujuk teman wanita melakukan hubungan seks adalah melalui cara meminta teman wanita membuktikan bahawa mereka benar-benar menyayangi teman lelaki mereka. Oleh sebab teman wanita merasa bimbang dan takut kehilangan teman lelaki, mereka terpaksa merelakan seks luar nikah itu berlaku tanpa memikirkan kesan yang mungkin mereka terima.

Oleh itu, beberapa tindakan dan program perlu dilakukan dalam mengatasi isu seks luar nikah ini bermula daripada akar umbi lagi dan tidak hanya fokus kepada keluarga, rakan sebaya dan media massa sahaja. Kawalan kendiri individu dan cara untuk menepis segala pujukan dan rayuan juga dikira sebagai perkara penting dalam mengurangkan masalah seks luar nikah ini. Jika seseorang berjaya mengawal diri dan teguh dengan keputusan untuk mengatakan tidak terhadap apa jua pujukan, individu tersebut telah berjaya mengelakkan daripada terlibat dalam seks luar nikah.

Walau bagaimanapun, setiap faktor dan punca berlakunya seks luar nikah adalah saling berkaitan dan tidak ada penglibatan dalam seks luar nikah yang hanya disebabkan oleh satu faktor sahaja.Akhir kata, hindarkan diri anda daripada terlibat dalam aktivit seks luar nikah.


Disediakan oleh
Norzilla Jamaludin

Wednesday, 11 September 2013

Gambar Zaman Dulu-dulu..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Setiap orang mempunyai memori semasa zaman sekolah kan..tak kira sama ada suka mahupun duka..tapi yang pasti kenangan itu tetap akan menjadi memori yang menarik untuk di kongsikan pada generasi kita di masa hadapan..saya tak pandai nak karang citer panjang2 nie..apa kata, kita tengok sama2 gambar saya dan rakan2 semasa sekolah dulu..kelakar tengok muka sendiri..hehehe...

















ni adalah koleksi majalah sekolah yang masih disimpan daripada tahun 1998 sehingga 2002.

Semoga ia dapat mengimbas kembali zaman persekolahan suatu ketika dahulu.

Sekian,
~Zara Mokhtar~

Tuesday, 10 September 2013

Kisah Abang dan Adik

Abg dan adik

2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku buka..

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..

Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..

Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku..

shared by
Muhamad Hafiz.

Monday, 9 September 2013

~Gejala Buli~

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini, kiter selalu tengok video-video yang di share di dalam facebook dan sebagainya yang menunjukkan gejala buli yang berlaku dalam negara kita ini. Malangnya setelah satu video keluar, makin timbul pula video-video yang lain yang menunjukkan bahawa masalah buli ini memang banyak berlaku.

Masalah buli ini ada banyak kesan negatif berbanding dengan positif. Kalau dilihat kepada mangsa buli terutamanya yang masih berada dalam usia remaja dan masih cuba untuk membentuk identiti diri mereka ini, kesan pada diri mereka lebih besar berbanding dengan yang lain.

Mangsa Buli.
Antara kesan negatif yang akan berlaku kepada mangsa buli adalah daripada segi psikologi iaitu kemurungan, emosi yang tidak stabil dan mengalami masalah gangguan mental. Sentiasa berada dalam keadaan takut dan berhati-hati. Mereka lebih berkecenderungan untuk takut hadir ke sekolah kerana takut dibuli. Malah, keadaan emosi mereka akan lebih terganggu dengan ugutan-ugutan yang diberikan oleh pembuli jika membuat aduan kepada cikgu atau sesiapa sahaja. Antara perkara lain yang akan berlaku adalah mereka akan merasa sunyi, keseorangan, dan tekanan. Selain itu, mangsa buli kebiasaannya akan mengalami masalah prestasi pembelajaran yang semakin menurun. Keyakinan diri mereka pun menurun dan mereka merasakan bahawa diri mereka lemah. Mereka juga berkecenderungan untuk membunuh diri kerana tidak sanggup menahan dibuli.

Manakala daripada segi sosial, mereka lebih banyak bertindak untuk mengelakkan diri daripada berjumpa dengan orang lain. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang kebiasaannya menjadi kegemaran bagi dirinya tidak akan di lakukan lagi. Kesan lain yang juga ada berlaku adalah mangsa pula bertindak membuli orang lain yang lebih lemah daripada dirinya. Terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa sejarah hidup yang pernah dibuli menjadikan seseorang itu bertindak ganas dan membuli orang lain.

Pembuli.
Kesan negatif ini bukan sahaja berlaku terhadap mangsa buli sahaja, malah pembuli juga akan mengalami kesan negatif. Antaranya adalah risiko untuk dibuang sekolah. Pendidikan adalah antara perkara yang penting bagi meningkatkan taraf hidup seseorang. Oleh itu, apabila dibuang sekolah, mereka akan mengalami banyak masalah seperti kesukaran untuk mendapat kerja dan sebagainya. Pelbagai kemungkinan akan berlaku apabila dibuang daripada sekolah kerana mereka akan berada dalam situasi yang menyebabkan mereka sukar menentukan halatuju mereka untuk masa hadapan.  Kajian jangka panjang yang telah dilakukan oleh Eron dan Huessmann menunjukkan bahawa mereka yang membuli ini mempunyai kecenderungan untuk melakukan jenayah di masa akan datang seperti penderaan terhadap pasangan atau anak-anak dan sebagainya dan sekurang-kurangnya mereka melakukan satu jenayah semasa dewasa.


Kesan gejala buli ini lebih banyak beri kesan kepada mangsa dan kesan ini bersifat jangka masa panjang. ia memberi kesan terhadap psikososial mangsa. Walaubagaimanapun, terdapat mangsa yang survive dalam isu ini dan dapat berfungsi dengan baik di dalam masyarakat kerana mempunyai sokongan sosial yang kuat di persekitarannya.

Oleh itu, sokongan dan bantuan adalah amat membantu dalam proses memulihkan mangsa buli ini supaya mereka boleh terus berfungsi dengan baik di dalam masyarakat. Malah, bukan mangsa buli sahaja yang perlu dibantu, pembuli juga perlu dibantu supaya mereka tidak menjadi sebahagian yang melakukan jenayah apabila dewasa seperti di dalam kajian yang telah dilakukan.

Pesanan untuk mangsa-mangsa buli diluar sana, apabila dibuli, jangan takut terus buat aduan kepada guru atau keluarga supaya anda tidak akan terus dibuli. Pertahankan diri anda melalui saluran yang betul dan jangan bertindak untuk bergaduh dan membuli orang lain pula.

Sekian, assalamualaikum.

Zilla Jamal :D

Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!


Artikel Kewangan dan Motivasi Diri

Kita sibuk bekerja setiap hari atau berniaga,tetapi adakah kita terfikir untuk menyimpan duit?,Kadang-kadang bila kita dapat gaji kita sibuk memikirkan bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut,tapi kita terlupa untuk menyimpan sedikit untuk diri sendiri.

Teringat saya ketika join talk Fahrin Ahmad vs. Irfan Khairi. Talk tentang kejayaan, kewangan dan motivasi. Masing-masing bercakap tentang kejayaan dari perspektif masing-masing. Salah satu survey menarik yang dibuat, IK minta semua peserta berdiri.

Dia tanya, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh survive cuma 1 bulan? Sila duduk. Kurang 3 bulan? Sila duduk. Kurang 6 bulan? Sila duduk. Nah… cuma tinggal tak lebih 20% peserta yang masih berdiri – mampu survive lebih 6 bulan kalau hilang pekerjaan! 80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja dalam masa 6 bulan! Mengerikan. Mereka akan ‘mati’ sebelum mati… Kereta mewah tu kena tarik. Rumah yang dibanggakan tu kena sita. Anak bini yang disayangi kena kejar along. Astro Beyond tu tak payah la cerita… (“,)

Majoritinya tak ada simpanan yang cukup walaupun keretanya bergaya, handphone canggih, rumahnya besar, lengkap dengan perabot yang cantik dan TV LCD lagi. Tapi mereka tak ada simpanan at least 6 bulan pendapatan. Tahap kewangan mereka boleh dikategorikan “kewangan tak selamat”.

Lebih Berdisiplin Bila Ada Matlamat

Pada saya, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita perlu jelas tahap mana yang kita nak capai. Sejak tahun 2005, saya tetapkan matlamat kewangan seperti berikut:

Bebas dari segala hutang.
Simpanan 3 bulan pendapatan.
Simpanan 6 bulan pendapatan.
Simpanan 9 bulan pendapatan.
Simpanan 1 tahun pendapatan.
Cukupkan dana; pergi haji dan membeli rumah kedua.
Simpanan RM1.2 juta. Financially free!
Masa tetapkan matlamat tu, kami ada macam-macam hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan. Income cuma RM1,750 jer masa tu, belum tolak EPF dan ansuran PTPTN. Isteri pula tak bekerja dan kami duduk di KL!

Tapi sekarang, alhamdulillah, kami dah separuh perjalanan. Bebas dari segala ‘hutang’ dengan sedikit simpanan. Kad kredit tak ada. Kereta habis bayar. Hutang PTPTN habis bayar. Personal loan tak pernah buat. Perabot rumah dan barang elektrik, semuanya kami beli secara tunai. Kolum sebelah liabiliti akaun kami tak tahu apa yang nak ditulis. Semuanya duduk sebelah aset dan harta walaupun tak banyak. Kami benar-benar peace of mind… Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah…

Kerana Ada Matlamat, Terpaksa Kekang Nafsu Berbelanja

Bila ada matlamat kewangan, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan. Nafsu berbelanja terpaksa dikekang. Bila nak tukar cassette player kereta kepada CD player, ish… simpanan aku belum cukup. Bila rasa nak tukar kereta baru, ish… kereta ni boleh pakai lagi. Bila nak buat kitchen cabinet, ish… tak apalah… lagi pun bukan lama nak duduk rumah ni. Bila teringin nak melancong jauh-jauh, ish… melancong dekat-dekat sudah lah… balik kampung tengok parents lagi bagus. Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun, dan 1 juta dulu!

Duit yang kita ada hari ini, bukan untuk bermewah-mewah. Tapi untuk hidup seadanya hari ni dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya… Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya! (“,)

Jom menyimpan!

p.s. Langkah pertama menyimpan RM1 juta ialah “Tetapkan Matlamat RM1 juta”! Azizi Ali ambil masa 13 tahun untuk mencapai nilai bersih RM1 juta. Dan 10 tahun kemudian untuk gandakannya kepada RM5 juta. Semuanya bermula dengan menetapkan matlamat!Semoga bermanfaat untuk pembaca semua..Jom Mula Menyimpan..

~@LONG~Shahril IzwaN~



Sunday, 8 September 2013

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

Salam Sejahtera Semua... Hari ini Saya berminat nak kongsikan satu Artikel berkaitan dengan "4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi" dan "7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!",Hidup kita memang tak terlepas daripada berhutang.So,ada bermacam-macam cara untuk kita elak daripada berhutang.Kadang-kadang bila dah banyak sangat hutang,takut kita plak yang tak mampu nak membayarnya. Jom Kita Baca Artikel dibawa dan cuba lakukan bersama untuk kita bebas dari hutang.


4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income. Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION! Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer… Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan… Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun. 7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu. Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”! Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.


Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk saya dan kita semua...

~@LONG~Shahril Izwan~

Saturday, 7 September 2013

Sejarah penubuhan Alumni SMKK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk Post kali ini, kami akan memberitahu serba sedikit tentang proses atau sejarah bagaimana kami boleh menubuhkan Alumni SMKK.

Penubuhan ini bermula daripada salah seorang admin Alumni SMKK yang telah membentuk sebuah group di dalam Whatsapp pada 3hb Julai 2013 dan telah mengumpulkan sejumlah bekas pelajar SMKK. Ahli dalam group ini terdiri daripada bekas-bekas pelajar sejak bermulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Kempas mula dibuka iaitu batch tahun 1998. Admin telah banyak membantu mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua bekas pelajar dengan menubuhkan group Whatsapp ini. Bekas pelajar yang sudah lama terpisah, dipertemukan semula, yang tidak pernah bertegur sapa di zaman sekolah, menjadi rapat dan sebagainya.

Seterusnyer, bermula daripada group Whatsapp itu, timbul pelbagai perancangan untuk berkumpul dan berjumpa dengan semua ahli. Perjumpaan kami yang pertama adalah melalui aktiviti majlis berbuka puasa yang kami akan update di dalam post seterusnya nanti. Kami telah berkumpul untuk majlis berbuka puasa di Puteh Cafe pada 3hb Ogos 2013. 14 orang bekas pelajar dan keluarga mereka telah hadir dan memeriahkan majlis ini. Semasa majlis ini, admin whatsapp telah membuat perbincangan dengan salah seorang ahli yang merupakan ahli group Whatsapp yang senior dan mula membincangkan tentang aktiviti seterusnya iaitu Majlis Reunion Hari Raya.

Majlis Reunion Hari Raya ini telah diadakan pada 1hb September 2013 di kantin SMKK dan ahli yang hadir terdiri daripada 9 orang bekas pelajar SMKK dan beberapa ahli keluarga masing-masing. Semasa majlis ini dijalankan, timbul pula idea untuk membentuk sebuah Persatuan Alumni SMKK yang mengumpulkan semua bekas pelajar SMKK dan menjadi tunggak atau pihak yang akan merancang dan menguruskan segala aktiviti untuk menyatukan semua bekas pelajar SMKK.  Sebuah mesyuarat kecil telah diadakan semasa majlis tersebut dijalankan untuk membincangkan tentang rancangan membentuk persatuan tersebut. Semua bekas pelajar yang hadir bersetuju untuk membentuk persatuan ini dan bersedia untuk menjayakan rancangan tersebut.

Group Whatsapp yang baru telah dibentuk dan ahlinya terdiri daripada 9 orang pengasas Alumni SMKK. Group ini dibentuk bagi memudahkan segala perbincangan dilakukan selain daripada berkumpul untuk bermesyuarat. Pelantikan jawatankuasa telah dilakukan dan ahli jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:


  •  Pengerusi: Shahril Izwan Bin Hassan
  •  Naib Pengerusi: Faizal Bin Muhammad
  •  Setiausaha: Rositi Zara Binti Mokhtar
  •  Bendahari: Wan Mazlina Binti Wan Zainudin
  •  Biro Lawatan: Muhamad Hafiz Bin Rahmat
  •  Biro Penajaan: Alif  Bin Amom
  •  Biro Kebajikan: Nur Najwa Binti Noh
  •  Biro Batch/Intake: Siti Zarina Binti Ludin
  •  Biro IT/Maklumat: Norzilla Binti Jamaludin


Mereka ini adalah barisan Admin yang telah menjadi pengasas kepada penubuhan Alumni SMKK.
Kami juga telah membentuk motto kami yang diambil daripada SMKK iaitu Supporting Members of Kempas Komunity. Seterusnya bagi melaksanakan n memudahkan proses untuk mengumpul semua bekas pelajar SMKK. Kami telah menjadikan Facebook sebagai medium. Hal ini kerana, ia mudah untuk menyebarkan maklumat dan mengumpulkan semua bekas pelajar. Facebook Page Alumni SMKK telah dibentuk pada 2 Sept 2013 dan sehingga 7 Sept 2013, kami telah berjaya mengumpul 93 orang bekas pelajar SMKK.

Setelah pembentukan page Alumni SMKK terbentuk, kami juga telah membuat blog ini pada 6hb Sept 2013 untuk memudahkan kami berkongsi segala aktiviti dan program yang telah dan akan dilakukan oleh Alumni SMKK. Ia juga bagi menarik minat bekas pelajar SMKK untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang kami bakal lakukan.

Sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan ini telah diberitahu. Diharapkan semua dapat memberikan kerjasama yang baik dalam segala aktiviti yang akan dijalankan.

Sekian terima kasih.

Zilla Jamal :D

Thursday, 5 September 2013

Sekalung Penghargaan

Assalamualaikum wr wb. kepada exco yg bertggungjawab created blog ni..setinggi tinggi penghargaan saya ucapkn kerana berusaha keras untuk menjayakn projek yg kita telah bncangkn dan persetujui.. tahniah dan terima kasih - Faizal Muhammad @ Ude