Thursday 5 September 2013

Permulaan kepada Alumni SMKK

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini 30 syawal 1434H.Hari terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan dan diraikan oleh seluruh umat Nabi Muhammad s.w.t Alhamdulillah,Benarlah kalam-kalam Allah s.w.t ajal,maut,jodoh pertemuan adalah rahsia Allah yang disembunyikan Oleh Pencipta kita.Kita sendiri tidak mengetahui masa hadapan kita,sesungguhnya kita hanya mampu merancang,berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t moga dikurniakan rahmat dan di permudahkan segala urusan di atas muka bumi ini. Sesungguh nya juga kita dapat bersama-sama bertemu dan menjalin ukhwah silaturrahim di dalam facebook sahaja,dan berkembang ke dalam aplikasi Whatapps,walau kita sebenarnya telah lama terpisah dan tidak mengenali satu sama lain. Alhamdulillah,Kita dipertemukan dengan izin dari Nya pada bulan Ramadan untuk majlis berbuka puasa dan dapat sekali lagi menganjurkan Majlis Hari Raya di SMKK,walaupun dengan jumlah yang sedikit kita mengorak langkah ke depan untuk mengembangkan lagi semangat setia kawan pada sahabat-sahabat yang lain yg telah lama meninggalkan alam persekolahan. Alhamdulillah,dengan izin Allah,dengan segala idea-idea bernas dan kreatif Admin-admin Alumni SMKK maka kita telah menciptakan satu platform di alam maya iaitu "Facebook" untuk kita sama-sama dapat mencari sahabat-sahabat kita yang telah lama terpisah,disamping kita dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah ini dengan beberapa aktiviti yang akan diatur dalam masa terdekat ini. Dengan semangat yang ikhlas dan setia kawan maka dapat lah kita melihat satu lagi kemajuan di dalam Alumni SMKK dimana tercipta nya Blog Alumni SMKK ini.Sekalung tahniah Along ucapkan kepada semua Admin-admin yang telah bersusah payah berjuang mengalas tanggungjawab yang berat dan melaksanakan semua rancangan kita ini. Kita tidak pernah meminta balasan dan wang ringgit sebagai balasan untuk semua ini.Kita Ikhlas menjalankan semua tugas kita sebagai Admin.Hanya Allah s.w.t sahaja akan membalas nya. Kepada para pembaca Blog ini,selamat datang di ucapkan.Insya allah,Kami akan update kan semua aktiviti dan info-info menarik buat tatapan semua.. Admin : @LONG-SHAHRIL IZWAN- BATCH :1998/1999

No comments:

Post a Comment