Saturday 7 September 2013

Sejarah penubuhan Alumni SMKK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk Post kali ini, kami akan memberitahu serba sedikit tentang proses atau sejarah bagaimana kami boleh menubuhkan Alumni SMKK.

Penubuhan ini bermula daripada salah seorang admin Alumni SMKK yang telah membentuk sebuah group di dalam Whatsapp pada 3hb Julai 2013 dan telah mengumpulkan sejumlah bekas pelajar SMKK. Ahli dalam group ini terdiri daripada bekas-bekas pelajar sejak bermulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Kempas mula dibuka iaitu batch tahun 1998. Admin telah banyak membantu mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua bekas pelajar dengan menubuhkan group Whatsapp ini. Bekas pelajar yang sudah lama terpisah, dipertemukan semula, yang tidak pernah bertegur sapa di zaman sekolah, menjadi rapat dan sebagainya.

Seterusnyer, bermula daripada group Whatsapp itu, timbul pelbagai perancangan untuk berkumpul dan berjumpa dengan semua ahli. Perjumpaan kami yang pertama adalah melalui aktiviti majlis berbuka puasa yang kami akan update di dalam post seterusnya nanti. Kami telah berkumpul untuk majlis berbuka puasa di Puteh Cafe pada 3hb Ogos 2013. 14 orang bekas pelajar dan keluarga mereka telah hadir dan memeriahkan majlis ini. Semasa majlis ini, admin whatsapp telah membuat perbincangan dengan salah seorang ahli yang merupakan ahli group Whatsapp yang senior dan mula membincangkan tentang aktiviti seterusnya iaitu Majlis Reunion Hari Raya.

Majlis Reunion Hari Raya ini telah diadakan pada 1hb September 2013 di kantin SMKK dan ahli yang hadir terdiri daripada 9 orang bekas pelajar SMKK dan beberapa ahli keluarga masing-masing. Semasa majlis ini dijalankan, timbul pula idea untuk membentuk sebuah Persatuan Alumni SMKK yang mengumpulkan semua bekas pelajar SMKK dan menjadi tunggak atau pihak yang akan merancang dan menguruskan segala aktiviti untuk menyatukan semua bekas pelajar SMKK.  Sebuah mesyuarat kecil telah diadakan semasa majlis tersebut dijalankan untuk membincangkan tentang rancangan membentuk persatuan tersebut. Semua bekas pelajar yang hadir bersetuju untuk membentuk persatuan ini dan bersedia untuk menjayakan rancangan tersebut.

Group Whatsapp yang baru telah dibentuk dan ahlinya terdiri daripada 9 orang pengasas Alumni SMKK. Group ini dibentuk bagi memudahkan segala perbincangan dilakukan selain daripada berkumpul untuk bermesyuarat. Pelantikan jawatankuasa telah dilakukan dan ahli jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:


  •  Pengerusi: Shahril Izwan Bin Hassan
  •  Naib Pengerusi: Faizal Bin Muhammad
  •  Setiausaha: Rositi Zara Binti Mokhtar
  •  Bendahari: Wan Mazlina Binti Wan Zainudin
  •  Biro Lawatan: Muhamad Hafiz Bin Rahmat
  •  Biro Penajaan: Alif  Bin Amom
  •  Biro Kebajikan: Nur Najwa Binti Noh
  •  Biro Batch/Intake: Siti Zarina Binti Ludin
  •  Biro IT/Maklumat: Norzilla Binti Jamaludin


Mereka ini adalah barisan Admin yang telah menjadi pengasas kepada penubuhan Alumni SMKK.
Kami juga telah membentuk motto kami yang diambil daripada SMKK iaitu Supporting Members of Kempas Komunity. Seterusnya bagi melaksanakan n memudahkan proses untuk mengumpul semua bekas pelajar SMKK. Kami telah menjadikan Facebook sebagai medium. Hal ini kerana, ia mudah untuk menyebarkan maklumat dan mengumpulkan semua bekas pelajar. Facebook Page Alumni SMKK telah dibentuk pada 2 Sept 2013 dan sehingga 7 Sept 2013, kami telah berjaya mengumpul 93 orang bekas pelajar SMKK.

Setelah pembentukan page Alumni SMKK terbentuk, kami juga telah membuat blog ini pada 6hb Sept 2013 untuk memudahkan kami berkongsi segala aktiviti dan program yang telah dan akan dilakukan oleh Alumni SMKK. Ia juga bagi menarik minat bekas pelajar SMKK untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang kami bakal lakukan.

Sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan ini telah diberitahu. Diharapkan semua dapat memberikan kerjasama yang baik dalam segala aktiviti yang akan dijalankan.

Sekian terima kasih.

Zilla Jamal :D

No comments:

Post a Comment