Monday 9 September 2013

Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!


Artikel Kewangan dan Motivasi Diri

Kita sibuk bekerja setiap hari atau berniaga,tetapi adakah kita terfikir untuk menyimpan duit?,Kadang-kadang bila kita dapat gaji kita sibuk memikirkan bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut,tapi kita terlupa untuk menyimpan sedikit untuk diri sendiri.

Teringat saya ketika join talk Fahrin Ahmad vs. Irfan Khairi. Talk tentang kejayaan, kewangan dan motivasi. Masing-masing bercakap tentang kejayaan dari perspektif masing-masing. Salah satu survey menarik yang dibuat, IK minta semua peserta berdiri.

Dia tanya, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh survive cuma 1 bulan? Sila duduk. Kurang 3 bulan? Sila duduk. Kurang 6 bulan? Sila duduk. Nah… cuma tinggal tak lebih 20% peserta yang masih berdiri – mampu survive lebih 6 bulan kalau hilang pekerjaan! 80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja dalam masa 6 bulan! Mengerikan. Mereka akan ‘mati’ sebelum mati… Kereta mewah tu kena tarik. Rumah yang dibanggakan tu kena sita. Anak bini yang disayangi kena kejar along. Astro Beyond tu tak payah la cerita… (“,)

Majoritinya tak ada simpanan yang cukup walaupun keretanya bergaya, handphone canggih, rumahnya besar, lengkap dengan perabot yang cantik dan TV LCD lagi. Tapi mereka tak ada simpanan at least 6 bulan pendapatan. Tahap kewangan mereka boleh dikategorikan “kewangan tak selamat”.

Lebih Berdisiplin Bila Ada Matlamat

Pada saya, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya. Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita perlu jelas tahap mana yang kita nak capai. Sejak tahun 2005, saya tetapkan matlamat kewangan seperti berikut:

Bebas dari segala hutang.
Simpanan 3 bulan pendapatan.
Simpanan 6 bulan pendapatan.
Simpanan 9 bulan pendapatan.
Simpanan 1 tahun pendapatan.
Cukupkan dana; pergi haji dan membeli rumah kedua.
Simpanan RM1.2 juta. Financially free!
Masa tetapkan matlamat tu, kami ada macam-macam hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan. Income cuma RM1,750 jer masa tu, belum tolak EPF dan ansuran PTPTN. Isteri pula tak bekerja dan kami duduk di KL!

Tapi sekarang, alhamdulillah, kami dah separuh perjalanan. Bebas dari segala ‘hutang’ dengan sedikit simpanan. Kad kredit tak ada. Kereta habis bayar. Hutang PTPTN habis bayar. Personal loan tak pernah buat. Perabot rumah dan barang elektrik, semuanya kami beli secara tunai. Kolum sebelah liabiliti akaun kami tak tahu apa yang nak ditulis. Semuanya duduk sebelah aset dan harta walaupun tak banyak. Kami benar-benar peace of mind… Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah…

Kerana Ada Matlamat, Terpaksa Kekang Nafsu Berbelanja

Bila ada matlamat kewangan, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan. Nafsu berbelanja terpaksa dikekang. Bila nak tukar cassette player kereta kepada CD player, ish… simpanan aku belum cukup. Bila rasa nak tukar kereta baru, ish… kereta ni boleh pakai lagi. Bila nak buat kitchen cabinet, ish… tak apalah… lagi pun bukan lama nak duduk rumah ni. Bila teringin nak melancong jauh-jauh, ish… melancong dekat-dekat sudah lah… balik kampung tengok parents lagi bagus. Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun, dan 1 juta dulu!

Duit yang kita ada hari ini, bukan untuk bermewah-mewah. Tapi untuk hidup seadanya hari ni dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya… Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya! (“,)

Jom menyimpan!

p.s. Langkah pertama menyimpan RM1 juta ialah “Tetapkan Matlamat RM1 juta”! Azizi Ali ambil masa 13 tahun untuk mencapai nilai bersih RM1 juta. Dan 10 tahun kemudian untuk gandakannya kepada RM5 juta. Semuanya bermula dengan menetapkan matlamat!Semoga bermanfaat untuk pembaca semua..Jom Mula Menyimpan..

~@LONG~Shahril IzwaN~



No comments:

Post a Comment