Wednesday 5 March 2014

Human Immunodeficiency Virus (HIV)

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk membuat artikel ini kerana pendedahan masyarakat tentang HIV ini sangat kurang dan ramai yang bersikap judgemental, stigma, dan sebagainya apabila disebut tentang isu ini. perkara ini semua berlaku mungkin disebabkan kurangnya pemahaman masyarakat tentang HIV itu. so, jom saya ceritakan. Saya akan cuba untuk tidak menggunakan terlalu banyak bahasa perubatan untuk memudahkan u olls sume faham.

  1. 1        Apa itu HIV

HIV adalah singkatan kepada Human Immunodefienciency Virus. Ok, jom kiter pecahkan definisi nih supaya semua boleh faham.
H- Human. ia bermaksud, virus ini hanya attack manusia sahaja. perlu ditegaskan disini HANYA MANUSIA.
I-Immunodeficiency. Virus ini akan melemahkan sistem immune badan manusia. ia berlaku dengan cara virus tersebut menyerang sel-sel penting (CD4 cells & T-Cells) dalam badan manusia yang bertindak menjaga immune system kita. ini menyebabkan pembawa HIV terdedah kepada pelbagai penyakit.
V-Virus. virus ini hanya boleh berkembang dengan cara mengambil alih sel-sel penting dalam badan manusia.
Kesimpulannya, virus ini tidak akan berada dan hidup di dalam bende lain selain daripada manusia. Ia akan menyerang sikit2 sel yang menjaga sistem immune kita dan jadikan sel itu sebagai rumah untuk virus itu berkembang dan kemudiannya menyerang pula sel-sel lain dan terus berkembang. Apabila perkara ini berlaku, pembawa HIV akan lebih mudah untuk berjangkit dengan pelbagai penyakit, seperti, mudah mendapat demam, batuk dan pelbagai penyakit lain yang serious kerana sistem dayatahan diri sudah kurang.

Ubat atau penyembuh untuk penyakit ini masih belum ditemui. tetapi ubat untuk membantutkan virus ini daripada terus berkembang telah wujud. Oleh itu, pembawa HIV perlu sentiasa makan ubat tersebut untuk membantutkan perkembangan virus tersebut dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Ok, macam mana rupa orang yang membawa virus ni ek?
Rupanya sama macam kiter yang tidak membawa virus HIV dengan syarat mereka mendapatkan rawatan, dan menjalani kehidupan yang sihat.
Untuk pengetahuan korang, Pembawa HIV tidak semestinya akan mendapat AIDS. Pembawa HIV boleh hidup dengan virus tersebut tanpa mendapat AIDS. Mereka hanya akan mendapat AIDS jika mereka tidak mendapatkan rawatan yang sebaiknya dan menjalani hidup yang sihat.
  1. 2.      Virus HIV ni duduk kat mane?

Virus HIV nih ader dalam cecair yang berada dalam badan manusia. Ia tidak hanya fokus kepada darah sahaja. tapi ia juga berada dalam air mani, susu ibu, cecair vagina dan anal mucous. Walaubagaimanapun, peluh manusia, air liur, najis, urine, muntah, airmata, hingus tidak menyebabkan seseorang berjangkit melaluinya melainkan ia mengandungi darah pembawa HIV. Sebagai contoh melakukan ciuman (Deep Kiss) dan gusi pembawa HIV berdarah, bercampur dengan air liur dan berpindah kepada pasangan. Dalam hal ini, pasangan boleh mendapat HIV.
  1. 3.      Bagaimana HIV boleh berjangkit?

Ia boleh berjangkit melalui 4 cara iaitu hubungan seks rambang, ibu kepada anak, perkongsian jarum, derma darah atau organ.
·         Hubungan Seks Rambang. Virus ini seperti yang dinyatakan di atas, ia terkandung dalam darah, air mani, vaginal mucous dan sebagainya. oleh itu, apabila melakukan hubungan seks tanpa sebarang protection seperti kondom, ia boleh menyebabkan virus ini berjangkit kepada pasangan mereka. Virus ini akan merebak tidak mengira samada anda melakukan hubungan seks antara lelaki dan perempuan atau sama jantina.
·         Ibu kepada anak. terdapat 3 cara virus ini boleh dijangkiti oleh anak daripada ibu mereka iaitu semasa berada dalam kandungan, semasa proses kelahiran dan juga semasa penyusuan. semasa proses kelahiran, bayi terdedah dengan virus HIV apabila bayi tersebut luka dan terdedah kepada darah ibu semasa melahirkan. Walaubagaimanapun, jika ibu mengambil rawatan yang sewajarnya, bayi tersebut mempunyai risiko yang sangat rendah untuk mendapat virus HIV tersebut.
·         Perkongsian Jarum. Kebiasaannya virus HIV lebih banyak dijangkiti melalui cara perkongsian jarum selain daripada hubungan seks yang tidak selamat. Pembawa HIV yang menggunakan jarum suntikan dan kemudiannya memberikan jarum tersebut kepada orang lain untuk digunakan akan menyebabkan virus tersebut merebak. hal ini kerana jarum tersebut telah tercemar dengan darah pembawa HIV tersebut.
·         Derma darah dan organ. Jangkitan virus HIV melalui cara ini adalah paling jarang berlaku kerana dalam proses menderma darah dan organ, beberapa saringan telah dilakukan.

Kesimpulannya, virus HIV ini tidak boleh berjangkit melalui cara lain selain daripada 4 cara diatas kerana virus HIV tidak boleh berkembang dan hidup apabila terdedah  dengan udara. Kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan virus HIV boleh berjangkit dengan cara lain selain daripada di atas adalah tidak benar. Ia juga tidak boleh berjangkit melalui perkongsian pinggan mangku, berpelukan, bersalam, melalui udara mandi di dalam kolam yang sama dan sebagainya yang selain daripada 4 perkara di atas. Boleh rujuk link di bawah ini untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai cara HIV berjangkit.

  1. 4.      Apa cara terbaik untuk elakkan dapat atau sebarkan virus ini?

Cara terbaik untuk elakkan daripada dijangkiti HIV adalah jangan lakukan perkara-perkara yang menyebabkan anda berisiko mendapat HIV iaitu, hubungan seks rambang, berkongsi jarum.
Seterusnya melakukan hubungan seks yang selamat supaya tidak disebarkan kepada pasangan masing2. Jangan berkongsi jarum suntikan juga dpt mengurangkan risiko menyebarkan atau mendapat virus HIV.
  1. 5.      Bagaimana cara nak pastikan samada kita ada jangkitan virus ini atau tidak?

Jika anda pernah terlibat dengan aktiviti berisiko tu dan risau jika dijangkiti virus HIV, sila dapatkan rawatan di hospital dan lakukan ujian HIV. Jangan risau pasal takut orang lain tau sbb identity dirahsiakan. tiada cara yang terbaik selain drpd melakukan ujian HIV kerana ia tidak dpt dikesan melalui simptom2 tertentu dan setiap orang akan mengalami symptom yang berbeza.

 Untuk pengetahuan anda, untuk virus ini terbentuk, ia mengambil masa 7 hingga 14 hari selepas ia berjangkit. Ini dipanggil sebagai window period. Ia bermaksud, selepas anda melakukan hubungan seks atau berkongsi jarum, dalam tempoh 14 hari tersebut jika anda melakukan ujian HIV, ia berkemungkinan tidak dapat dikesan. Hal ini kerana virus tersebut mengambil masa untuk develop dalam sel immune kita.

Lastly, kalau ada sahabat, ahli keluarga atau orang yang kiter kenal adalah pembawa HIV, jangan kita menambahkan lagi beban kepada mereka dengan segala cemuhan, stigma dan sebagainya kerana kiter tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Berikan mereka peluang untuk berubah dan teruskan kehidupan mereka seperti biasa. Hal ini kerana segala stigma, cemuhan dan perkara negative tersebut akan memburukkan lagi keadaan mereka secara psikologi, dan akan melibatkan kehidupan mereka secara keseluruhan. Bantu mereka untuk terus berfungsi dalam masyarakat.

hopefully, dengan info yang diberi ini sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada semua pembace tentang HIV.  Saya sediakan sekali link untuk u olls rujuk jika hendak mengetahui lebih lanjut tentang HIV. sebenarnye lebih seronok ajar tentang HIV nih gunakan whiteboard, leh conteng-conteng dan lukis-lukis untuk bantu u olls lebih paham. tapi xpe, kalau u olls xfaham, leh tanye. Insyaallah saya akan jawab n kalau soalan tuh saya xdapat jawab, saya akan rujuk balik pada sifu-sifu saya. :)



Sekian, terima kasih.
Zilla Jamal